Kerajaan memberi jaminan bekalan gandum di negara ini mencukupi namun sedang mencari sumber alternatif lain termasuk mengimport bekalan bijirin tersebut dari pelbagai negara luar lain.<br /><br />Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, langkah itu sebagai persediaan menghadapi tindakan negara India yang mengenakan larangan eksport gandum ke pasaran global termasuk Malaysia.
